Wednesday, April 30, 2014

Rejab Bulan Allah

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Di doakan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat illahi dan sentiasa tepat dengan tujuan dalam kehidupan. Semoga Allah memudahkan jua segala urusan kita. Aamin.


Esok 1Rejab 1436 Hijrah. Banyak fadhilat serta kelebihan menunggu kita pada bulan Rejab ini.


Begitu banyak kelebihan di bulan Rejab. Juga sebagai persediaan untuk kita berjumpa bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkah.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat Hidayah dari Allah. Semoga hati kita sentiasa di bukakan untuk menambah Saham akhirat kita dengan amal soleh.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Monday, April 28, 2014

Kurma Badam & Kurma Walnut

Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej: Dropship Ramadhan 2014


Tajuk:Kurma boleh kuruskan badan Oleh:Web Rapi

Semakin hampir bulan ramadan, semakin popular nampaknya kurma. Jika anda bercadang-cadang untuk membeli kurma, ada sesuatu yang anda harus tahu. Kenapa jadikan ia 'buah bermusim' sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh kita perolehi termasuklah untuk kuruskan badan.

Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma. Waktu berbuka kurangkan pengambilan nasi dan makanan berat. Ingatlah, matlamat berpuasa bukanlah untuk makan mewah sewaktu berbuka. Tetapi amalan ibadah serta keinsafan yang perlu ada pada diri sendiri. 

Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat. Ini kerana buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Kalau anda nak tahu, buah kurma kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Bukan itu sahaja, kalau boleh makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.
Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah. Asingkan buah kurma daripada bijinya, campurkan dengan lobak merah dan susu rendah lemak. Pastikan susu tersebut sejuk agar dapat mengurangkan rasa muak kerana jus yang akan terhasil akan menjadi agak pekat. Setelah dicampurkan anda boleh terus minum.

Siapa sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Ramadan ini peluang yang baik untuk mencubanya.
------------------------------------------------
Details Produk
- Berat sekotak dalam +-400gm
- Setiap kurma mempunyai kacang badam / kacang walnut di dalamnya
- Sesuai dijadikan kudapan bagi ibu mengandung
- Sesuai dimakan untuk berbuka puasa

Untuk yang ingin mencuba bolehlah hubungi saya di sini:-
PM : Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp : 011-1857 8330

Sekian. Semoga bermanfaat.

Sunday, April 27, 2014

Mee Bandung Meletops

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Dropship Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar hari ini?
Semoga sihat semuanya.

Bismillah 
Alhamdulillah 
Allah bagi peluang lagi
Syukur syukur syukur

Nak cerita pasal peluang tambah pendapatan. Kita kongsi-kongsi rezeki yang ada betul tak?

Produk ini sesuai kalau ada yang berkenan nak mencuba menjual di bazaar ramadhan nanti.

Produk ringkas
Produk permintaan


Sedap ke sedap?
Tentu lah sedap
Pes siap mee bandung resepi asli Muar Johor yang sudah-sudah lama tersohor.

Packaging menzahirkan produk ini untuk peminat mee bandung yang tidak kesempatan merasa kelazatan mee bandung asli ini di Johor.

Jangan ragu keluaran Muslim yang pasti halal dan homemade. Berat isi kandungan +-400gram. Sekali masak boleh jamu untuk 5-6 orang makan. Berbaloi kan.


Kita upload contoh hidangan. Terliur hamba melihatnya.

Untuk yang ingin mencuba bolehlah hubungi saya di sini:-
PM : Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp : 011-1857 8330

Sekian. Semoga bermanfaat



Salam Pengenalan

Bismillah
Alhamdulillah

Syukur saya ucapkan kepada Allah atas peluang ini. Terima kasih kepada suami tersayang dan juga keluarga tercinta yang menyokong saya.

Di sini kedaionlinemamarin.blogspot.com mensajikan keperluan penggunaan untuk para pembaca. semua. Bukan hanya sebagai kedai online untuk tujuan jual beli tetapi saya akan cuba mewujudkan suasana mesra pengguna di sini juga.

Kalian boleh berkongsi maklumat untuk lebih membantu penubuhan kedai online saya ini.

Semoga ianya akan memberi manfaat untuk kita semua.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui
Facebook acc: Shehren Shahadan
Email: shehrenshahadan@yahoo.com
Sms/Whatsapp: 011-1857 8330