Tuesday, August 5, 2014

Teknik penjimatan wang

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam aidilfitri maaf zahir batin untuk kesayangan saya semua di sini. Apa khabar kalian semua? Bagaimana dengan sambutan perayaan raya anda? Semoga anda di kelilingi kebahagian menyambut raya ini bersama yang tersayang.

"Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama"

Popular lagu ini kan. Nyanyian kumpulan senario kumpulan lawak yang popular satu masa dulu. Bait lagu itu betul mengambarkan apa yang berlaku selepas cuti raya kan? Macamana nak elak dari berlaku dan terus berlaku dalam kehidupan kita? Saya pun tidak terkecuali. 

Tips penjimatan wang
1) semak belanja harian, mingguan, bulanan anda.
>> cara saya menggunakan MS Excel untuk hasilkan jadual perbelanjaan. Senarai apa yang telah di belanjakan pada column yang di sediakan. Pada akhir bulan boleh nampak senarai perbelanjaan yang di keluarkan.



2) kena kuat hati untuk lawan nafsu
>> sentiasa lawan nafsu untuk pembelian barang yang tidak perlu. Sentiasa ingatkan diri untuk memberatkan KEPERLUAN daripada KEHENDAK

3) kena kuat hati untuk bayar diri anda dahulu sebelum bayar bills atau hutang yang lain
>> membiasakan diri dengan menyimpan 10% dari pendapatan yang di terima untuk simpanan. Gunakan teknologi yang memudahkan pemindahan wang dari satu bank ke bank yang lain. Jangan menganggap sukar kerana ini akan lebih menyukarkan anda mendisplinkan diri menyimpan. Simpan di bank yang sukar untuk di keluarkan atau tidak memohon kad bank.

4) sistem sampul surat
>> boleh gunakan juga cara ini untuk pengasingan duit belanja atau pembayaran hutang wajib seperti rumah, kereta. Setiap pendapatan yang di terima, masukkan jumlah pembayaran di dalam sampul berkenaan. Gunakan sampul surat yang keras untuk mengelak dari terkoyak. Tulis besar-besar tajuk sampul serta jumlah bayaran. Contoh seperti RUMAH RM400. Asingkan siap-siap untuk mengelak dari terguna wang yang sudah di asingkan.

5) bawa bekal makanan ke tempat kerja
>> bayangkan sekali makan pagi RM5, makan tengahari RM7, di campur berjumlah RM12. Itu wang tunai yang anda keluarkan untuk makan di tempat kerja. Bayangkan lagi jika anda makan pagi di rumah, makan bekal di waktu tengahari, jumlah RM12 tadi anda sudah dapat jimatkan. Cuba kira RM12 untuk 5 hari bekerja ialah RM60. Banyak kan? RM60 hasil dari penjimatan tadi anda boleh buka untuk tabung melancong pula. Jika penjimatan sebegitu kita semua dapat praktik kan, nescaya kita tidak akan sentiasa kesempitan wang.

Sebahagian tips penjimatan yang dapat saya kongsikan. Apa yang penting kena KUAT HATI, DISPLIN DIRI, BERTERUSAN.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama dari entry ini.

Sekian. Sehingga bersua kembali.

No comments:

Post a Comment