Monday, November 10, 2014

Surirumah masa kini

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Bersua kembali. Apa khabar pembaca sekelian? Di doakan semoga saya dan anda semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Adakah kebaikan yang anda lakukan pada hari ini? Adakah anda sudah melakukan kebaikan yang tidak di ketahui oleh orang lain? Amalkan selalu setiap hari InsyaAllah kehidupan anda pada hari itu akan tenang dan hati akan sentiasa lapang. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain juga.

Suri rumah
Wanita berkahwin yang menguruskan rumahtangga.
Sesebuah rumah perlu ada yang mengurus jadual harian di dalam rumah itu. Memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, mengurus keperluan anak sekolah dan banyak lagi tugas bagi seorang suri rumah.

Panggilan ibu, mama, mak, umi untuk seorang surirumah.
Seorang wanita yang cekal hati dan tabah mengurus kehidupan rumahtangga bersama suami dan anak-anak. Wanita yang pada pandangan mata kasar melakukan tugas biasa-biasa dan tidak perlu di angkat kisah ceritanya.

Surirumah masa dahulu sebelum zaman teknologi begitulah ceritanya. Membantu suami di ladang. Balik memasak untuk suami dan keluarga. Malam mengisahkan pula buku pelajaran anak-anak. Jika lapang baru dapat merehatkan diri.

Surirumah masa kini walaupun hanya duduk di rumah jangan di pandang sebelah mata. Di samping ligat mengurus rumahtangga si ibu juga ligat mencari pendapatan tambahan. Maklumlah zaman teknologi canggih seperti sekarang, keperluan sangat mahal untuk di penuhi jadi si ibu perlu mencari sumber-sumber pendapatan yang boleh di lakukan di rumah untuk membantu keluarga.

Kisah surirumah masa kini yang berjaya sering di angkat menjadi contoh untuk tatapan tauladan suri yang lain. Dewasa kini banyak bengkel serta seminar berbayar ataupun percuma dari pihak NGO mahupun kerajaan menyediakan ilmu-ilmu untuk para suri. Para suri yang memerlukan ilmu sebegini bolehlah menghadiri bengkel atau seminar tersebut. 

Zaman semakin moden. Ilmu agama dan ilmu dunia perlu selari. Si ibu perlu juga lebih bijak sedikit dari anak agar segala pertanyaan dan persoalan yang di lontarkan oleh anak dapat di jawab dengan sebaiknya oleh si ibu.

Sekian semoga bermanfaat.



Sunday, November 9, 2014

Ayam masak ungkep

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar suri sekelian? Hari ini saya kongsikan satu resepi mudah ringkas dan sedap untuk suri semua. Masakan orang Jawa. Di johor masakan ini sering di gandingkan bersama nasi ambeng. Juga masakan tradisi orang Jawa di johor. Bahan yang mudah dan masa memasak pun singkat. Sesuai untuk suri yang mengejar masa dan bekerja.

Bahan-bahan:-
Ayam seekor potong 12 atau 16 pun boleh
*Serai 3 btg
*Lengkuas 1 inci
*kunyit 2 inci
*halia 1 inci
*cili kering 20 biji atau lbh
*Bawang merah 6 atau 7 biji 
*Bwg putih 4 ulas
(Bahan bertanda* dikisar halus)

3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan halus
(Bahan diatas rendam dgn air panas dan toskan dan tumbuk kasar nak blender halus pun boleh)
Asam keping
Sedikit garam dan gula

Cara membuat :-
Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk hingga kering dan agak garing. Selepas itu masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Apabila agak kering sedikit masukkan ayam. Jangan masukkan air dahulu, Masak hingga agak kering dengan api yang perlahan dan sentiasa balik balikkan ayam. Ikut suka suri sekelian nak kering mcm mana. Jika suka basah basah sikit lebihkan kuah nya. Bila agak agak ayam dah masak dan kuah agak kering matikan api dan sedia untuk dimakan.

Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda semua. Resepi ini juga boleh juga di makan dengan nasi, roti, lempeng atau jemput-jemput tepung pun boleh. Kalau mahu makan lama kuah boleh lebihkan. Kalau mahu pedas boleh lebihkan cili. Untuk lebih tahan lama goreng ayam sedikit jangan terlalu garing. 

Sekian semoga bermanfaat.

Friday, October 31, 2014

Inai moden

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Zaman sekarang kalau kreatif innovatif semua boleh buat duit. Dengan inai pun boleh jadi. Lagilah dengan benda-benda yang lain. Lagi sekarang semua di hujung jari, semua boleh jadi mudah.

Teringat dulu nak pakai inai punya lah susah. Kena amik daun inai dulu kat rumah Jiran yang ada tanam pokok inai. Tumbuk sampai lumat, bunyi tumbuk inai sampai rumah jiran no 5 pun boleh dengar huhu melampau sangat tu. Ok ok rumah jiran no 3. Logik kan. Lepas tu nak bagi inai merah mulalah cari gambir campur pada inai yang di tumbuk tadi. Pernah buat tak?

Sekarang semua mudah. Inai siap proses  semua ada di pasaran. Inai mekah, inai bollywood semua ada tinggal pilih jek. Nak ukir pun boleh jugak. Lumrah wanita memang suka berhias. Nampak cantik untuk suami jugak, bagi yang sudah bersuami.

Yang penting kena rajin. Kena rajin promosi produk keluaran anda walau pun produk anda seperti inai ni. Jangan terkejut jika betul cara perniagaan ini ianya boleh berkembang ke serata dunia. Ok berangan sekejap...

Sekian semoga bermanfaat.

Friday, September 12, 2014

Doa semasa hamil

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Doa semasa hamil 

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aamin "

Semasa mengandung juga para ibu digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Tidak terkecuali termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Rumah tangga serta perkahwinan yang bahgia berasas ilmu agama yang sempurna memang mendamaikan. Kehadiran orang baru yang di pupuk dari perut si ibu dengan sifat-sifat mahmudah adalah bekalan untuk si anak apabila melangkah keluar dari perut si ibu. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

Thursday, September 11, 2014

Apa yang perlu di elakkan pada awal kehamilan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kalian pembaca semua. Semoga kehidupan kalian semua sentiasa penuh dengan warna warni kegembiraan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Niat berkongsi juga menambah ilmu pengetahuan tak salah kan. Semoga semakin banyak kita kongsi makin banyak kita akan dapat manfaatnya. 

Senarai makanan minuman yang di larang pada awal kehamilan:-

Khusus untuk para suri yang sedang awal mengandung atau merancang mengandung bolehlah mengambil sedikit manfaat dari entry ini:-

1) makanan berasaskan bahan mentah atau yang tidak di masak dengan sempurna seperti daging, ikan, Kerang-kerangan dan juga sushi iaitu sejenis makanan jepun yang berasaskan bahan mentah.


2) ikan dengan kandungan merkuri tinggi. - Bermaksud semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan, semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. Contoh ikan yang mengandung merkuri tinggi ialah ikan yu, ikan kerapu, ikan kembung raja, ikan merlin, ikan tuna kuning.

3) kafein yang tinggi yang terdapat pada minuman seperti kopi, nescafe. 
- Bagi anda yang melalui trimister pertama kehamilan, harap dapat elakkan mengambil minuman seperti ini ye. Jika anda pengemar sekalipun sebelum kehamilan di harap dapat lupakan sementara untuk kesejahteraan kandungan anda.


4) alkohol
- Minuman ini memang di larang keras kepada umat Islam. Ternyata banyak keburukan dari kebaikan di dalam minuman ini. Bagi penganut agama lain di harap anda dapat elakkan mengambil minuman beralkohol sepanjang tempoh kehamilan.



5) sayuran dan buahan yang tidak di basuh dengan bersih.
- Tahukah anda pada sayuran dan buahan yang tidak di cuci dengan bersih terdapat    kuman yang di panggil 'toxoplasmosis' yang boleh memudaratkan kandungan anda jika sayuran dan buahan tidak di cuci dengan bersih. Jadi berhati-hati ye.

6) merokok
- sila nasihat kan para suami atau kalangan keluarga supaya menghormati sedikit ibu mengandung lagi-lagi pada awal kehamilan.

7) makanan berunsur tajam dan pedas 
- banyak sangat contoh tapi sedikit yang boleh di letak di sini contoh macam nenas, makanan yang pedas seperti tomyam, masak lemak cili padi. Banyak pantang larang pemakanan dari nenek moyang lagi, sebaik tapis dan fikir logik untuk kemudahan anda ye. 

Sebaiknya semasa awal kehamilan ini dapatkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Dapatkan nasihat doktor serta rujuk dari yang berpengalaman mengenai pengalaman trimister pertama ini. 

Sekian. Semoga bermanfaat.



Sunday, August 10, 2014

Khasiat kulit kayu manis dan madu

Teks : Google & Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,



Kulit kayu manis adalah rempah yang biasa di gunakan dalam masakan melayu. Kajian demi kajian yang di lakukan oleh ahli saintis mendapati kulit kayu manis berupaya menjadi gen pengubat untuk sesuatu penyakit. Aroma dari kulit kayu manis di dapati boleh merangsang minda seseorang. 

Madu juga bagus untuk kesihatan. Tapi sekarang sukar mencari madu asli tanpa campuran bahan lain. Madu asli terbukti boleh pulihkan sakit tekak dengan mencampurkan sesudu madu asli bersama segelas air suam. 

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi

Ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran di bahagian gigi yang sakit.Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan

Lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Kebergantungan sepenuhnya kepada ubat-ubatan pil dan sebagainya boleh merosakkan sistem dalaman badan jika di ambil berpanjangan. Beralih kepada bahan alami serta herba alam sekitar dapat mengelak dari terus bergantung kepada ubatan tersebut.

Pastikan herba yang anda ambil mendapat pengesahan penggunaan dari pihak kesihatan yang di iktiraf. Campuran herba secara sendirian tidak di galakkan untuk mengelakkan mendapat risiko berbahaya. Sila dapatkan nasihat dari pakar homeopati atau yang berkaitan untuk pengambilan kesihatan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Tuesday, August 5, 2014

Teknik penjimatan wang

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam aidilfitri maaf zahir batin untuk kesayangan saya semua di sini. Apa khabar kalian semua? Bagaimana dengan sambutan perayaan raya anda? Semoga anda di kelilingi kebahagian menyambut raya ini bersama yang tersayang.

"Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama"

Popular lagu ini kan. Nyanyian kumpulan senario kumpulan lawak yang popular satu masa dulu. Bait lagu itu betul mengambarkan apa yang berlaku selepas cuti raya kan? Macamana nak elak dari berlaku dan terus berlaku dalam kehidupan kita? Saya pun tidak terkecuali. 

Tips penjimatan wang
1) semak belanja harian, mingguan, bulanan anda.
>> cara saya menggunakan MS Excel untuk hasilkan jadual perbelanjaan. Senarai apa yang telah di belanjakan pada column yang di sediakan. Pada akhir bulan boleh nampak senarai perbelanjaan yang di keluarkan.



2) kena kuat hati untuk lawan nafsu
>> sentiasa lawan nafsu untuk pembelian barang yang tidak perlu. Sentiasa ingatkan diri untuk memberatkan KEPERLUAN daripada KEHENDAK

3) kena kuat hati untuk bayar diri anda dahulu sebelum bayar bills atau hutang yang lain
>> membiasakan diri dengan menyimpan 10% dari pendapatan yang di terima untuk simpanan. Gunakan teknologi yang memudahkan pemindahan wang dari satu bank ke bank yang lain. Jangan menganggap sukar kerana ini akan lebih menyukarkan anda mendisplinkan diri menyimpan. Simpan di bank yang sukar untuk di keluarkan atau tidak memohon kad bank.

4) sistem sampul surat
>> boleh gunakan juga cara ini untuk pengasingan duit belanja atau pembayaran hutang wajib seperti rumah, kereta. Setiap pendapatan yang di terima, masukkan jumlah pembayaran di dalam sampul berkenaan. Gunakan sampul surat yang keras untuk mengelak dari terkoyak. Tulis besar-besar tajuk sampul serta jumlah bayaran. Contoh seperti RUMAH RM400. Asingkan siap-siap untuk mengelak dari terguna wang yang sudah di asingkan.

5) bawa bekal makanan ke tempat kerja
>> bayangkan sekali makan pagi RM5, makan tengahari RM7, di campur berjumlah RM12. Itu wang tunai yang anda keluarkan untuk makan di tempat kerja. Bayangkan lagi jika anda makan pagi di rumah, makan bekal di waktu tengahari, jumlah RM12 tadi anda sudah dapat jimatkan. Cuba kira RM12 untuk 5 hari bekerja ialah RM60. Banyak kan? RM60 hasil dari penjimatan tadi anda boleh buka untuk tabung melancong pula. Jika penjimatan sebegitu kita semua dapat praktik kan, nescaya kita tidak akan sentiasa kesempitan wang.

Sebahagian tips penjimatan yang dapat saya kongsikan. Apa yang penting kena KUAT HATI, DISPLIN DIRI, BERTERUSAN.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama dari entry ini.

Sekian. Sehingga bersua kembali.

Tuesday, July 1, 2014

Kerepek sambal kentang pedas

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum wbt

Produk laku keras, relevant sepanjang zaman, berdasarkan testimoni yang saya terima komen positif dari pelanggan-pelanggan yang membeli produk ini. Anda patut mencuba sendiri.

Ramuan
❤️kentang, Tempe, ikan bilis, kacang tanah❤️

❤️Secukup rasa manis dan pedas 

❤️kudapan ❤️bersahur ❤️berbuka

❤️sajikan bersama roti dan nasi

❤️sepeket 500gram


Anda mahu Cuba sendiri?

Harga : RM22 siap pos untuk sepeket

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com






Monday, June 30, 2014

Pakej makanan sunnah

Teks : Shehren Shahadan


Assalamualaikum wbt

Bersua kembali. Menjalankan tuntutan agama. Berpuasa di bulan ramadhan al mubarak. Puasa kan semua pandangan, percakapan, kelakuan. Cuba belajar menjadi baik-baik untuk bulan ini. Syaitan sudah di rantai yang ada nafsu.


Belajar dan amalkan permakanan sunnah  seperti tertera gambar di atas. Banyak manfaat yang terkandung dalam permakanan sunnah ini. Lagipun ini makanan sunnah para nabi yang perlu di contoh dan di ikuti.

Butir lengkap pakej ini seperti di bawah :-
>> kurma maryami
>> kismis hitam
>> kismis basah
>> almond 
>> pistachio 

Harga : RM165



Jadi kesayangan semua, teruja tidak melihat gambar-gambar ini. Jika teruja terus cepat-cepat hubungi saya ye.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Monday, June 23, 2014

BVSM Sleep Mate

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum wbt


Nyenyak kah tidur anda selama ini? Adakah faktor gangguan menggangu tidur anda selama ini? Tidur yang nyenyak mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik. Tidur yang nyenyak mampu menghasilkan perjalanan hari esok anda yang lebih sempurna.

Di sini saya kongsikan produk yang boleh membantu kesayangan saya semua di sini tidur lena. Produk ini sudah lama terbukti membantu anda mendapat tidur lena dan tenang.



APA SEBENARNYA BVSM?
Bio Velocity Sleepmate adalah pelapik tilam yang :

● pertama di dunia dan di Malaysia
● di suntik/ di sembur garam laut dalam
● di dedahkan pada cahaya matahari selama sebulan - waktu dhuha sahaja sebab masa ni ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan dan keberkatan

Kajian selama 20 tahun - BVSM hasil kajian saintis Jerman ,garam laut dalam dari Korea dan di kilangkan di Malaysia.

KENAPA GARAM ?

● rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China.
● garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam
● gangguan makhluk halus ,penawar racun.

Di adun dalam bentuk Bio Velocity - kelajuan gelombang yang berupaya mennembusi badan manusia - bergetar bertindak dgn molikul air dalam badan-ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba -terhasil oksigen.

Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yg tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak - darah lancar seluruh badan

Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan beres dgn izinNya- hormon balance,renewal sel berlaku sbb tu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda.

KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM NI DIPROSES PADA SLEEPMATE ?

● sebab masa tidurlah renewal sel berlaku- tapi hanya dengan tidur yang lena.
● BVSM bantu anda untuk dapatkan 'deep sleep' tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dgn maksima yg mungkin
● otak dapat berehat dari sebarang emosi,interaksi dan membuat keputusan
● tidur yg lena dgn sleepmate akan pulihkan aura -rasa happy

RAMAI YANG SUDAH SEMBUH DARI SAKIT KRONIK YG DI TANGGUNG BERTAHUN

● senggugut,
● stroke
● slipdisc
● migraine
● tekakan perasaan
● gila / sakit jiwa
● insomia
● darah tinggi
● koma sbb otak kecut
● asma dan apa saja masalah kesihatn

CUMA PERLU TIDUR JE
● tidur dgn BVSM bagi yg belum sakit In Shaa Allah dapat elakan sakit jantung dan stroke

Cara kerja BVSM

-membelai dan mengurut mesra badan anda dan menyihatkan sel
-detox
-membaiki
-memulih

BERAPA LAMA????...inilah yg anda kena tahu!!

~ada yg badan dah ada macam2!! (berkarat dalam badan kita tak tahu...ingatkan diri saya juga)
~ada yg problem saraf
~ada yg lemakkkk banykkkkk!!
~ada yg sel dah lembab!!
~ada yg air sgt kurang...(dlm badan kemarau!!)

so..apa yg berlaku pada body dan perasaan anda bila BERSAMA BVSM..?
Bergantung kpd sistem badan masing2!!

TIPS:..berdasarkan banyak pengalaman...macam2 ada..ramai yg dapat manfaat segera dalam masa 3 hari.... walaupun tempoh penyembuhan biasanya 21 hari.. 
Jadi dalam masa 21 hari tu, anda sabar, bersangka baik, teruskan tidur di atasnya, minum air mineral 10-15 gelas sehari & minta doa sungguh2 kepada Allah swt

JIKA ANDA SAYANG KESIHATAN ANDA!!!! TIDAK RUGI ANDA MENGELUARKAN SEDIKIT DUIT UNTUK MENCUBANYAAAAA!!!

Tunggu apa lagi!!! AYUH DAPATKAN 1 BVSM UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA!!!!!
TAK SALAH MELABUR UTK KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Sekian semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com





Saturday, June 21, 2014

Pes Nasi Arab Al-Bayt

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Fenomena Pes Nasi Arab melanda pula Malaysia ketika ini. Sana sini kecoh jualan pes nasi arab. Al maklumlah makanan negara lain sudah menembusi pasaran Malaysia sekarang. Tidak perlu pergi sampai negara Arab sana untuk merasa juadah masakan mereka. Kedai-kedai berunsur makanan gaya arab pun tumbuh macam cendawan sekarang.

Jadi saya tidak terkecuali. Ingin masuk sekali dalam fenomena terkini. Memudahkan bicara tatap dan nikmatilah hidangan gambar dari saya dahulu. Jika mahu rasa seperti yang lain nya sila buat pembelian dengan saya. Di akhir entry saya akan sertakan detail sekali.


4 jenis Nasi Arab Al Bayt :-
 
↪ Nasi Mandy Ayam Saudi           
↪ Nasi Mandy Kambing Yaman
↪ Nasi Kabsah Ayam                   
↪ Nasi Maqluba Ayam
 
>> 1 kotak mengandungi Beras Bathmati
dan Rempah dan boleh dihindangkan
untuk 5 - 6 orang, bersamaan 1 dulang.
 

>> Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba?
 
Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan.

>> cara memasak ada di sediakan di kotak. Jadi sediakan bahan mentah seperti ayam atau kambing mengikut pes nasi arab pilihan anda.

Harga : RM15 (1 kotak)
Pos SM : RM7
Pos SS : RM10

Jadi kesayangan semua, teruja tidak melihat gambar-gambar ini. Jika teruja terus cepat-cepat hubungi saya ye.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Friday, June 20, 2014

Biskut Riang Ria Raya II

Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej : Ikhsan Project Extra Income

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada pembaca sekelian. Wah mood raya sudah tiba. Sedar tidak sedar bulan ramadhan mulia semakin mengghampiri. Selesaikan keperluan lebih awal untuk memudahkan kita menumpukan ibadah sepenuhnya di bulan ramadhan nanti.

Pelbagai biskut lazat menanti anda. Harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan. Yang pasti halal. 

Sila jamu mata dahulu ye kesayangan semua. Sesuai juga untuk penghantaran hamper hari raya untuk keluarga tersayang, saudara mara juga sahabat terdekat.







Bukan sahaja biskut ini sesuai di sajikan kepada tetamu di bulan raya, tetapi biskut ini juga sesuai untuk sepanjang musim perayaan. Tidak kiralah untuk perayaan kaum lain seperti sambutan krismas, tahun baru cina, deepavali dan lain-lain perayaan.



Jadi kesayangan semua, teruja tidak melihat gambar-gambar ini. Jika teruja terus cepat-cepat hubungi saya ye.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Thursday, June 12, 2014

KELEBIHAN MINERAL COFFEE

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum semua. Apa khabar pembaca sekelian. Hari ini saya mahu berkongsi bersama pembaca sekelian mengenai kebaikan penggunaan Mineral Coffee. Apakah itu mineral coffee? Mari kita sama-sama kenali.

Apakah itu Mineral Coffee?

>> Mineral Kopi berasal daripada bijian Kopi Robusta dan Garam Buluh Organik semulajadi dari Korea yang meningkatkan nilai nutrisi kopi ini. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti Magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan Kalsium.

Apakah keistimewaan yang terdapat di dalam Mineral Coffee?

>> ANTIPENUAAN - agen antioksida yang baik.

>> MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah,kolestrol dan lain-lain.

>> MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.

>> MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi.

>> Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI.
Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit. 

>> Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan.


Mineral Coffee sesuai untuk mereka yang mempunyai:-

1) Darah tinggi kerana dapat membantu mengawal dan menstabilkan tekanan darah.

2) Imsomnia kerana kebiasaannya pesakit imsomnia ini mempunyai masalah kalsium yang tidak diserap di dalam badannya.  Jadi, kandungan magnesium yang terdapat di dalam Mineral Coffee ini akan membantu penyerapan kalsium yang baik. Secara tidak langsung, badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan lena.

3) Migrain kerana elemen garam buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah.

4) Kencing Manis kerana garam buluh dapat membantu dalam menstabilkan gula dalam darah yang disebabkan oleh chlorogenic acid. * Sila dapatkan nasihat doktor sebelum penggunaan *

5) HB rendah terutamanya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah. Magnesium yang terdapat di dalam Mineral Coffee ini juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.

Dari sepeket Mineral Coffee tadi begitu melimpah ruah kebaikan yang boleh di manfaatkan oleh kalangan pengguna. 

Jadi, jika anda mahu merasai sendiri kebaikan Mineral Coffee ini dan keberkesananya, jangan segan dan silu hubungi saya untuk mendapatkan sekotak Mineral Coffee ini yang mengandungi 20 sachet.

Harga Produk
RM32 FREE POSTAGE

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Thursday, May 29, 2014

Biskut Riang Ria Raya I

Teks : Shehren Shahadan
Imej : Ikhsan Projek Extra Income


Assalamualaikum. Apa khabar kesayangan semua? Semoga semuanya kembali sihat dan ceria seperti selalu. Lupakan yang semalam. Ambil pengajaran dari kegagalan semalam. Semoga hari ini memberi aura baru yang lebih positif untuk kita semua.

Raya sudah mula semakin hampir. Sekarang sudah penghujung bulan 5. Penghujung bulan 6 InsyaAllah akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Apa kata kita sediakan keperluan untuk menyambut raya awal-awal. Jadi masuk bulan puasa kita sudah tidak perlu bersesak-sesak memenuhkan bazar. Kita penuhkan pula masjid untuk solat sunat terawih dan amalan yang lain.

Jadi di sini saya memudahkan kesayangan saya semua. Menyediakan pilihan biskut raya moden dan tentunya sedap. Kesayangan semua jamu mata dahulu. Jika berkenan boleh sahaja hubungi saya untuk pembelian.




Bukan sahaja biskut ini sesuai di sajikan kepada tetamu di bulan raya, tetapi biskut ini juga sesuai untuk sepanjang musim perayaan. Tidak kiralah untuk perayaan kaum lain seperti sambutan krismas, tahun baru cina, deepavali dan lain-lain perayaan.


 
Jadi kesayangan semua, teruja tidak melihat gambar-gambar ini. Jika teruja terus cepat-cepat hubungi saya ye.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Thursday, May 22, 2014

Campaign Mei 2014 Part1

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Koleksi Peribadi

Assalamualaikum semua. Sekian lama jenama ini bertakhta di hati. Zaman dahulu masa kecik-kecik banyak kali jugak asyik dengar mak cerita pasal party Tupperware. Dulu anak kecil mana ada kisah. Yang kisah main jek. Hihi

Sekarang, seiring zaman, manfaatkan kemudahan yang ada. Kini giliran saya pula promosi Tupperware brand yang tersohor ini di laman blog.

Manfaat apa yang ada ye kan.

Jom cuci mata.

Berminat pm sahaja.

[Details Product]
>>Lavender Set
>>Harga Retail : RM103.70
>>Harga Offer : RM82.90
>>Not include postage

[Details Product]
>>One Touch Window Canister Set
>>Yellow 4.3L
>>Green 3.0L
Harga Retail : RM188.60
Harga Offer : RM149.00
Not include postage

[Details Product]
>>Cool Square Round (4)
Harga Retail : RM98
Not include postage
*Dapat free yang kat depan tu sekali . Berbaloi-baloi

[Details Product]
>>Office Buddy Set
Harga Retail : RM83.90
Harga Offer : RM68.80
Not include postage

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Wednesday, May 21, 2014

KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE

Teks:Shehren Shahadan

Assalamualaikum semua. Apa khabar pembaca sekelian. Hari ini saya mahu berkongsi sedikit dengan produk yang tengah hot di pasaran sekarang. Boleh mencuba untuk merasai sendiri perbezaan menggunakan sabun ajaib ini.

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH?

✘ Ketiak BERBAU ?
✘ Ketiak, Leher, Lutut dan Kelengkang GELAP ?
✘ ECZEMA ?
✘ Kulit SENSITIF @ GATAL-GATAL ?
✘ JERAWAT muka @ badan ?

JANGAN SUSAH HATI YE IBU-IBU


Memperkenalkn kepada anda sabun ajaib @ sabun ketiak. Nama tidak Komersial tapi hasil memang berbaloi.

KELEBIHAN  
Sabun Marine Essence

 -Mencerahkan ketiak dan celah-celah badan yang gelap

-Menghilangkan daki dan kesan gelap siku, lutut dan buku lali

-Mengurangkan rekahan pada tumit kaki

-Membantu mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat radang eczema

-Menghilangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan

-Membantu mengurangkan masalah jerawat pada belakang badan

-Melembutkan kulit

-Menghilangkan kesan parut

-Mengembalikan kesegaran setiap kali menggunakannya.

Jika beli sekarang, ada hadiah percuma akan di sertakan di setiap bungkusan pos anda. Tetapi hanya pada waktu yang terhad. Ingin dapatkan sabun berserta hadiah tersebut cepat hubungi saya sekarang.

Harga Produk
RM105 FREE POSTAGE

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pembelian:-
FB:Shehren Shahadan
Email:shehrenshahadan@yahoo.com

Thursday, May 15, 2014

Garam Bukit Ionik

Teks:Shehren Shahadan


Kegunaan Garam ini terbahagi kepada dua iaitu sebagai :-

1) Garam Masakan

Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Selepas menggunakan garam ini anda tidak lagi perlu mencampurkan masakan anda dengan perisa tambahan yang lain.

Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. 


2) Garam Mandian & rendaman kaki.
Khasiat merendam kaki dengan Garam Bukit:-
-melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
-membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus
-melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki
-mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan
-membantu merawat tumit kaki yg pecah / merekah

Cara-cara Menggunakan Garam Bukit Rendaman Kaki & Mandian dan Skrub Garam
1/ Campurkan 5 sudu besar / 100 gram Garam Rendaman & Mandian ke dalam air biasa/suam atau air bercampur ais

Rendaman – Rendam kaki/ badan selama 30 minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya di buat pada waktu rehat atau sebelum hendak tidur.

Mandian – Mandi dengan air bancuhan Garam Bukit. Biarkan air meresap ke tubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Skrub – Bancuhan pekat (garam skrub) di lulurkan di seluruh badan atau tempat tertentu yang ingin di rawat dengan garam skrub. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Detail Produk
GARAM IONIK BUKIT
Berat:600+- gram
Harga sebungkus:RM3.50
Harga Pos:Bergantung jumlah berat barang

Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan juga pembelian 
FB:Shehren Shahadan

Wednesday, May 7, 2014

Acar Limau Mak Teh

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Ikhsan Pemilik

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Apa khabar hari ini. Semoga kita beroleh kebahagian dalam kehidupan.


Inilah segala maklumat mengenai Acar Limau Mak Teh. Saya sebagai pembeli sungguh berpuas hati sehinggakan sudah berulang membeli Acar limau ini.
Tersedia di dalam bungkusan 400gram dan juga 700gram.

 
Acar Limau Mak Teh di dalam Edisi Botol


Cadangan untuk 'Doorgift' majlis-majlis keramaian.


Bayangkan... Dapat makan bersama nasi panas tanpa lauk lain. Memang superb..

Untuk merasai sendiri keenakan dan kesedapan Acar Limau Mak Teh boleh hubungi saya melalui :-
PM : Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330

Wednesday, April 30, 2014

Rejab Bulan Allah

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Di doakan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat illahi dan sentiasa tepat dengan tujuan dalam kehidupan. Semoga Allah memudahkan jua segala urusan kita. Aamin.


Esok 1Rejab 1436 Hijrah. Banyak fadhilat serta kelebihan menunggu kita pada bulan Rejab ini.


Begitu banyak kelebihan di bulan Rejab. Juga sebagai persediaan untuk kita berjumpa bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkah.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat Hidayah dari Allah. Semoga hati kita sentiasa di bukakan untuk menambah Saham akhirat kita dengan amal soleh.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Monday, April 28, 2014

Kurma Badam & Kurma Walnut

Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej: Dropship Ramadhan 2014


Tajuk:Kurma boleh kuruskan badan Oleh:Web Rapi

Semakin hampir bulan ramadan, semakin popular nampaknya kurma. Jika anda bercadang-cadang untuk membeli kurma, ada sesuatu yang anda harus tahu. Kenapa jadikan ia 'buah bermusim' sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh kita perolehi termasuklah untuk kuruskan badan.

Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma. Waktu berbuka kurangkan pengambilan nasi dan makanan berat. Ingatlah, matlamat berpuasa bukanlah untuk makan mewah sewaktu berbuka. Tetapi amalan ibadah serta keinsafan yang perlu ada pada diri sendiri. 

Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat. Ini kerana buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Kalau anda nak tahu, buah kurma kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Bukan itu sahaja, kalau boleh makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.
Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah. Asingkan buah kurma daripada bijinya, campurkan dengan lobak merah dan susu rendah lemak. Pastikan susu tersebut sejuk agar dapat mengurangkan rasa muak kerana jus yang akan terhasil akan menjadi agak pekat. Setelah dicampurkan anda boleh terus minum.

Siapa sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Ramadan ini peluang yang baik untuk mencubanya.
------------------------------------------------
Details Produk
- Berat sekotak dalam +-400gm
- Setiap kurma mempunyai kacang badam / kacang walnut di dalamnya
- Sesuai dijadikan kudapan bagi ibu mengandung
- Sesuai dimakan untuk berbuka puasa

Untuk yang ingin mencuba bolehlah hubungi saya di sini:-
PM : Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp : 011-1857 8330

Sekian. Semoga bermanfaat.

Sunday, April 27, 2014

Mee Bandung Meletops

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Dropship Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar hari ini?
Semoga sihat semuanya.

Bismillah 
Alhamdulillah 
Allah bagi peluang lagi
Syukur syukur syukur

Nak cerita pasal peluang tambah pendapatan. Kita kongsi-kongsi rezeki yang ada betul tak?

Produk ini sesuai kalau ada yang berkenan nak mencuba menjual di bazaar ramadhan nanti.

Produk ringkas
Produk permintaan


Sedap ke sedap?
Tentu lah sedap
Pes siap mee bandung resepi asli Muar Johor yang sudah-sudah lama tersohor.

Packaging menzahirkan produk ini untuk peminat mee bandung yang tidak kesempatan merasa kelazatan mee bandung asli ini di Johor.

Jangan ragu keluaran Muslim yang pasti halal dan homemade. Berat isi kandungan +-400gram. Sekali masak boleh jamu untuk 5-6 orang makan. Berbaloi kan.


Kita upload contoh hidangan. Terliur hamba melihatnya.

Untuk yang ingin mencuba bolehlah hubungi saya di sini:-
PM : Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp : 011-1857 8330

Sekian. Semoga bermanfaat