Friday, September 12, 2014

Doa semasa hamil

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Doa semasa hamil 

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aamin "

Semasa mengandung juga para ibu digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Tidak terkecuali termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Rumah tangga serta perkahwinan yang bahgia berasas ilmu agama yang sempurna memang mendamaikan. Kehadiran orang baru yang di pupuk dari perut si ibu dengan sifat-sifat mahmudah adalah bekalan untuk si anak apabila melangkah keluar dari perut si ibu. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

Thursday, September 11, 2014

Apa yang perlu di elakkan pada awal kehamilan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kalian pembaca semua. Semoga kehidupan kalian semua sentiasa penuh dengan warna warni kegembiraan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Niat berkongsi juga menambah ilmu pengetahuan tak salah kan. Semoga semakin banyak kita kongsi makin banyak kita akan dapat manfaatnya. 

Senarai makanan minuman yang di larang pada awal kehamilan:-

Khusus untuk para suri yang sedang awal mengandung atau merancang mengandung bolehlah mengambil sedikit manfaat dari entry ini:-

1) makanan berasaskan bahan mentah atau yang tidak di masak dengan sempurna seperti daging, ikan, Kerang-kerangan dan juga sushi iaitu sejenis makanan jepun yang berasaskan bahan mentah.


2) ikan dengan kandungan merkuri tinggi. - Bermaksud semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan, semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. Contoh ikan yang mengandung merkuri tinggi ialah ikan yu, ikan kerapu, ikan kembung raja, ikan merlin, ikan tuna kuning.

3) kafein yang tinggi yang terdapat pada minuman seperti kopi, nescafe. 
- Bagi anda yang melalui trimister pertama kehamilan, harap dapat elakkan mengambil minuman seperti ini ye. Jika anda pengemar sekalipun sebelum kehamilan di harap dapat lupakan sementara untuk kesejahteraan kandungan anda.


4) alkohol
- Minuman ini memang di larang keras kepada umat Islam. Ternyata banyak keburukan dari kebaikan di dalam minuman ini. Bagi penganut agama lain di harap anda dapat elakkan mengambil minuman beralkohol sepanjang tempoh kehamilan.



5) sayuran dan buahan yang tidak di basuh dengan bersih.
- Tahukah anda pada sayuran dan buahan yang tidak di cuci dengan bersih terdapat    kuman yang di panggil 'toxoplasmosis' yang boleh memudaratkan kandungan anda jika sayuran dan buahan tidak di cuci dengan bersih. Jadi berhati-hati ye.

6) merokok
- sila nasihat kan para suami atau kalangan keluarga supaya menghormati sedikit ibu mengandung lagi-lagi pada awal kehamilan.

7) makanan berunsur tajam dan pedas 
- banyak sangat contoh tapi sedikit yang boleh di letak di sini contoh macam nenas, makanan yang pedas seperti tomyam, masak lemak cili padi. Banyak pantang larang pemakanan dari nenek moyang lagi, sebaik tapis dan fikir logik untuk kemudahan anda ye. 

Sebaiknya semasa awal kehamilan ini dapatkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Dapatkan nasihat doktor serta rujuk dari yang berpengalaman mengenai pengalaman trimister pertama ini. 

Sekian. Semoga bermanfaat.