Monday, November 10, 2014

Surirumah masa kini

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Bersua kembali. Apa khabar pembaca sekelian? Di doakan semoga saya dan anda semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Adakah kebaikan yang anda lakukan pada hari ini? Adakah anda sudah melakukan kebaikan yang tidak di ketahui oleh orang lain? Amalkan selalu setiap hari InsyaAllah kehidupan anda pada hari itu akan tenang dan hati akan sentiasa lapang. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain juga.

Suri rumah
Wanita berkahwin yang menguruskan rumahtangga.
Sesebuah rumah perlu ada yang mengurus jadual harian di dalam rumah itu. Memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, mengurus keperluan anak sekolah dan banyak lagi tugas bagi seorang suri rumah.

Panggilan ibu, mama, mak, umi untuk seorang surirumah.
Seorang wanita yang cekal hati dan tabah mengurus kehidupan rumahtangga bersama suami dan anak-anak. Wanita yang pada pandangan mata kasar melakukan tugas biasa-biasa dan tidak perlu di angkat kisah ceritanya.

Surirumah masa dahulu sebelum zaman teknologi begitulah ceritanya. Membantu suami di ladang. Balik memasak untuk suami dan keluarga. Malam mengisahkan pula buku pelajaran anak-anak. Jika lapang baru dapat merehatkan diri.

Surirumah masa kini walaupun hanya duduk di rumah jangan di pandang sebelah mata. Di samping ligat mengurus rumahtangga si ibu juga ligat mencari pendapatan tambahan. Maklumlah zaman teknologi canggih seperti sekarang, keperluan sangat mahal untuk di penuhi jadi si ibu perlu mencari sumber-sumber pendapatan yang boleh di lakukan di rumah untuk membantu keluarga.

Kisah surirumah masa kini yang berjaya sering di angkat menjadi contoh untuk tatapan tauladan suri yang lain. Dewasa kini banyak bengkel serta seminar berbayar ataupun percuma dari pihak NGO mahupun kerajaan menyediakan ilmu-ilmu untuk para suri. Para suri yang memerlukan ilmu sebegini bolehlah menghadiri bengkel atau seminar tersebut. 

Zaman semakin moden. Ilmu agama dan ilmu dunia perlu selari. Si ibu perlu juga lebih bijak sedikit dari anak agar segala pertanyaan dan persoalan yang di lontarkan oleh anak dapat di jawab dengan sebaiknya oleh si ibu.

Sekian semoga bermanfaat.



Sunday, November 9, 2014

Ayam masak ungkep

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar suri sekelian? Hari ini saya kongsikan satu resepi mudah ringkas dan sedap untuk suri semua. Masakan orang Jawa. Di johor masakan ini sering di gandingkan bersama nasi ambeng. Juga masakan tradisi orang Jawa di johor. Bahan yang mudah dan masa memasak pun singkat. Sesuai untuk suri yang mengejar masa dan bekerja.

Bahan-bahan:-
Ayam seekor potong 12 atau 16 pun boleh
*Serai 3 btg
*Lengkuas 1 inci
*kunyit 2 inci
*halia 1 inci
*cili kering 20 biji atau lbh
*Bawang merah 6 atau 7 biji 
*Bwg putih 4 ulas
(Bahan bertanda* dikisar halus)

3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan halus
(Bahan diatas rendam dgn air panas dan toskan dan tumbuk kasar nak blender halus pun boleh)
Asam keping
Sedikit garam dan gula

Cara membuat :-
Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk hingga kering dan agak garing. Selepas itu masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Apabila agak kering sedikit masukkan ayam. Jangan masukkan air dahulu, Masak hingga agak kering dengan api yang perlahan dan sentiasa balik balikkan ayam. Ikut suka suri sekelian nak kering mcm mana. Jika suka basah basah sikit lebihkan kuah nya. Bila agak agak ayam dah masak dan kuah agak kering matikan api dan sedia untuk dimakan.

Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda semua. Resepi ini juga boleh juga di makan dengan nasi, roti, lempeng atau jemput-jemput tepung pun boleh. Kalau mahu makan lama kuah boleh lebihkan. Kalau mahu pedas boleh lebihkan cili. Untuk lebih tahan lama goreng ayam sedikit jangan terlalu garing. 

Sekian semoga bermanfaat.