Thursday, March 10, 2016

Perfume artis

Teks : Shehren Shahadan 
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera buat semua.
Aduh lama sungguh blog ini tidak di kemaskini. Masih adakah pembaca di sini? Harap masih ada pembaca yang sudi bertamu di sini. Silap MR jugak kan sebab jarang update. 

Pernah DENGAR, BAU, LIHAT perfume keluaran artis tak? MR agent untuk perfume artis. Hampir semua artis sudah ada perfume keluaran sendiri. Pelopor artis yang mengeluarkan perfume jenama sendiri ialah pelakon terkenal negara Che Ta. Dengan menggunakan populariti yang ada padanya di saat ini, Che Ta sudah boleh tersenyum lebar dengan bangsa produk perfume nya di terima baik dan memberi pendapatan yang lumayan buat dirinya. Selain dari menerima tawaran berlakon Che Ta juga bijak mengambil peluang yang ada untuk mengukuhkan pendapatan diri nya dan keluarga. 

Melihat aura Che Ta yang sangat bagus melibatkan dirinya dalam bisnes perfume, ramai artis lain yang mengikut jejak Che Ta iaitu memasarkan perfume jenama mereka sendiri. Antara artis yang sudah mempunyai perfume jenama mereka sendiri ialah seperti Rita Rudaini, Sheila Rusly, Remy Ishak, AC Mizal, Bunkface dan ramai lagi artis lain. Mereka-mereka ini semua telah berjaya dalam bidang masing-masing dan berjaya juga memasarkan perfume jenama sendiri. Rezeki mereka kan. Lagi pun masing-masing sudah mempunyai pengikut tersendiri. Peminat dorang semua mesti akan menyokong artis mereka dengan pembelian produk kan. Peminat setia nama di beri.


MR juga salah seorang penyokong. Tolong memasarkan. Kalau tiada kami-kami agent sebagai pengenal produk baru tiadalah produk artis laku keras. Yelah selain dari iklan di media massa dan juga TV, iklan dari mulut ke mulut pun boleh tahan juga berkesan mengerakkan jualan produk.

Jadi bagi sesiapa di sini yang terbaca post ini bolehlah menghubungi MR jika mahu mencuba perfume artis. Semoga post ini bertahanlah sampai bila-bila ye. Sebagai satu iklan. Moga bertambah-tambah rezeki ANDA semua yang membaca dapat beli satu perfume artis dari MR eh.

Sekian terima kasih.
 

Wednesday, May 6, 2015

Keguguran@misscarriage

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Bayi comel
Kadangkala kita manusia begitu mengharap.
Kehadiran bayi comel yang menghiasi kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri.
Kehadiran bayi comel yang menjadi dambaan sebagai penyeri hidup.
Bagi pasangan yang bertahun berusaha untuk mendapatkan anak namun tidak berhasil, tetapi satu ketika dengan izin Allah si ibu mengandung. Berita yang tidak di sangka hadir dan sungguh mengujakan. 
Bahagia Allah beri pinjam hanya sebentar dan menduga si ibu pula mengalami keguguran. 
Orang tua berkata " jika belum kuat kandungan jangan di heboh di canang pada orang lain"...
Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Punca keguguran
Bila berlaku sebarang insiden dan sebagainya yang membabitkan nyawa selalu mencari punca?
Tahukah mencari punca serupa meletak salah pada orang lain. Membebankan orang yang di tunding sebagai punca kejadian.
Memberi pengalaman yang buruk kepada si ibu apabila kerap di lontar persoalan apa punca keguguran? Salah makan ke? Terjatuh ke? Terlupa makan ke? Bukankah semua ibu punya salah? Kasihan si ibu. Sudahlah mengalami trauma keguguran, lagi di asak pertanyaan demi pertanyaan apa punca keguguran. Kasihanlah sedikit kepada si ibu. Lumrah masyarakat memang macamtu. Tak boleh di ubah sejengkal pun. Cuba bertenang dan menenangkan si ibu. Anggap sudah suratan takdir. Allah sedang menguji kita.

Tempoh jagaan keguguran
Betapa sedihnya protokol pekerjaan di negara ini tidak menyediakan cuti yang sempurna untuk ibu yang keguguran. Maksud cuti khas seperti ibu bersalin. Sudahlah ibu keguguran serta kehilangan bayi di kandung. Dan sebetulnya ibu tersebut perlu berpantang serupa seperti ibu bersalin. Cuma bezanya ibu keguguran berpantang tanpa bayi di sisi. Bagi pekerja wanita yang mengalami keguguran, mereka terpaksa menganbil cuti sendiri sama ada cuti bergaji atau sebaliknya (biasanya cuti tanpa gaji). Si ibu perlu juga mengurut untuk mengembalikan tahap kecergasan badan. Perlu juga menjaga makan sama seperti ibu bersalin dalam tempoh berpantang. Perlu juga mencari ubat atau jamu untuk menguatkan kembali tubuh badan.

Paling penting pasangan perlu sentiasa memberi semangat untuk si ibu. Keluarga juga perlu memainkan peranan untuk mengembalikan semangat yang hilang. Jagaan dan keperihatinaan dari ahli keluarga dapat mempercepatkan proses pemulihan bagi si ibu dari bertukar menjadi duka dan terus murung. Memang perit apabila kehilangan. Tetapi redhalah Allah akan ganti yang lebih baik untuk si ibu kelak.

Sekian semoga bermanfaat 

Thursday, March 26, 2015

Teh hijau

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Umum mengetahui begitu banyak kebaikan yang terdapat di dalam secawan teh hijau.

Menurut sumber bacaan yang di perolehi dari Google, asal usul tanaman teh hijau adalah seperti berikut:-

Asal & Sejarah Teh Hijau

Menurut legenda Tiongkok, teh ditemukan pada tahun 2737 SM oleh Kaisar Shen Nung, seorang sarjana dan dukun, ketika ia sedang beristirahat di bawah pohon teh liar. Angin sepoi mengaduk cabang dan menyebabkan beberapa daun melayang perlahan turun ke dalam air mendidih bahwa ia sedang mempersiapkan. Ia menemukan dihasilkan minuman nikmat menyegarkan dan revitalisasi, dan sebagainya, teh “ditemukan”. Namun, Anda mungkin mempertanyakan cerita ini sejak China tidak bersatu sebagai sebuah kerajaan sampai abad ketiga SM dan karenanya tidak mungkin untuk memiliki seorang kaisar kemudian. Tapi apa pun asal-usul minuman, itu adalah fakta yang diterima kalangan sarjana bahwa teh memang populer di Cina bertahun-tahun .

      Teh hijau yang sudah di kering kan 

Ini pula kelebihan yang terdapat di dalam Teh hijau. Juga boleh masukkan dalam proses diet anda. Juga boleh jadi agen pelangsing badan, buang toksin badan. Banyak kelebihan teh hijau yang boleh di manfaatkan jika berterusan mengambilnya.


Zaman sekarang yang serba canggih penuh dengan makanan segera. Makanan segera tidak elok jika di amalkan selalu. Jadi perlu tapis setiap makanan yang masuk ke dalam badan kita. Minum Teh hijau untuk membuang toksin berlebihan di dalam badan anda itu. Untuk kehidupan yang lebih sihat, amalkan pemakanan sihat juga.

Sekian semoga bermanfaat.

Monday, November 10, 2014

Surirumah masa kini

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Bersua kembali. Apa khabar pembaca sekelian? Di doakan semoga saya dan anda semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Adakah kebaikan yang anda lakukan pada hari ini? Adakah anda sudah melakukan kebaikan yang tidak di ketahui oleh orang lain? Amalkan selalu setiap hari InsyaAllah kehidupan anda pada hari itu akan tenang dan hati akan sentiasa lapang. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain juga.

Suri rumah
Wanita berkahwin yang menguruskan rumahtangga.
Sesebuah rumah perlu ada yang mengurus jadual harian di dalam rumah itu. Memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, mengurus keperluan anak sekolah dan banyak lagi tugas bagi seorang suri rumah.

Panggilan ibu, mama, mak, umi untuk seorang surirumah.
Seorang wanita yang cekal hati dan tabah mengurus kehidupan rumahtangga bersama suami dan anak-anak. Wanita yang pada pandangan mata kasar melakukan tugas biasa-biasa dan tidak perlu di angkat kisah ceritanya.

Surirumah masa dahulu sebelum zaman teknologi begitulah ceritanya. Membantu suami di ladang. Balik memasak untuk suami dan keluarga. Malam mengisahkan pula buku pelajaran anak-anak. Jika lapang baru dapat merehatkan diri.

Surirumah masa kini walaupun hanya duduk di rumah jangan di pandang sebelah mata. Di samping ligat mengurus rumahtangga si ibu juga ligat mencari pendapatan tambahan. Maklumlah zaman teknologi canggih seperti sekarang, keperluan sangat mahal untuk di penuhi jadi si ibu perlu mencari sumber-sumber pendapatan yang boleh di lakukan di rumah untuk membantu keluarga.

Kisah surirumah masa kini yang berjaya sering di angkat menjadi contoh untuk tatapan tauladan suri yang lain. Dewasa kini banyak bengkel serta seminar berbayar ataupun percuma dari pihak NGO mahupun kerajaan menyediakan ilmu-ilmu untuk para suri. Para suri yang memerlukan ilmu sebegini bolehlah menghadiri bengkel atau seminar tersebut. 

Zaman semakin moden. Ilmu agama dan ilmu dunia perlu selari. Si ibu perlu juga lebih bijak sedikit dari anak agar segala pertanyaan dan persoalan yang di lontarkan oleh anak dapat di jawab dengan sebaiknya oleh si ibu.

Sekian semoga bermanfaat.



Sunday, November 9, 2014

Ayam masak ungkep

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar suri sekelian? Hari ini saya kongsikan satu resepi mudah ringkas dan sedap untuk suri semua. Masakan orang Jawa. Di johor masakan ini sering di gandingkan bersama nasi ambeng. Juga masakan tradisi orang Jawa di johor. Bahan yang mudah dan masa memasak pun singkat. Sesuai untuk suri yang mengejar masa dan bekerja.

Bahan-bahan:-
Ayam seekor potong 12 atau 16 pun boleh
*Serai 3 btg
*Lengkuas 1 inci
*kunyit 2 inci
*halia 1 inci
*cili kering 20 biji atau lbh
*Bawang merah 6 atau 7 biji 
*Bwg putih 4 ulas
(Bahan bertanda* dikisar halus)

3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan halus
(Bahan diatas rendam dgn air panas dan toskan dan tumbuk kasar nak blender halus pun boleh)
Asam keping
Sedikit garam dan gula

Cara membuat :-
Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk hingga kering dan agak garing. Selepas itu masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Apabila agak kering sedikit masukkan ayam. Jangan masukkan air dahulu, Masak hingga agak kering dengan api yang perlahan dan sentiasa balik balikkan ayam. Ikut suka suri sekelian nak kering mcm mana. Jika suka basah basah sikit lebihkan kuah nya. Bila agak agak ayam dah masak dan kuah agak kering matikan api dan sedia untuk dimakan.

Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda semua. Resepi ini juga boleh juga di makan dengan nasi, roti, lempeng atau jemput-jemput tepung pun boleh. Kalau mahu makan lama kuah boleh lebihkan. Kalau mahu pedas boleh lebihkan cili. Untuk lebih tahan lama goreng ayam sedikit jangan terlalu garing. 

Sekian semoga bermanfaat.

Friday, October 31, 2014

Inai moden

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Zaman sekarang kalau kreatif innovatif semua boleh buat duit. Dengan inai pun boleh jadi. Lagilah dengan benda-benda yang lain. Lagi sekarang semua di hujung jari, semua boleh jadi mudah.

Teringat dulu nak pakai inai punya lah susah. Kena amik daun inai dulu kat rumah Jiran yang ada tanam pokok inai. Tumbuk sampai lumat, bunyi tumbuk inai sampai rumah jiran no 5 pun boleh dengar huhu melampau sangat tu. Ok ok rumah jiran no 3. Logik kan. Lepas tu nak bagi inai merah mulalah cari gambir campur pada inai yang di tumbuk tadi. Pernah buat tak?

Sekarang semua mudah. Inai siap proses  semua ada di pasaran. Inai mekah, inai bollywood semua ada tinggal pilih jek. Nak ukir pun boleh jugak. Lumrah wanita memang suka berhias. Nampak cantik untuk suami jugak, bagi yang sudah bersuami.

Yang penting kena rajin. Kena rajin promosi produk keluaran anda walau pun produk anda seperti inai ni. Jangan terkejut jika betul cara perniagaan ini ianya boleh berkembang ke serata dunia. Ok berangan sekejap...

Sekian semoga bermanfaat.

Friday, September 12, 2014

Doa semasa hamil

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Doa semasa hamil 

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aamin "

Semasa mengandung juga para ibu digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Tidak terkecuali termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Rumah tangga serta perkahwinan yang bahgia berasas ilmu agama yang sempurna memang mendamaikan. Kehadiran orang baru yang di pupuk dari perut si ibu dengan sifat-sifat mahmudah adalah bekalan untuk si anak apabila melangkah keluar dari perut si ibu. 

Sekian. Semoga bermanfaat.