Sunday, November 9, 2014

Ayam masak ungkep

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar suri sekelian? Hari ini saya kongsikan satu resepi mudah ringkas dan sedap untuk suri semua. Masakan orang Jawa. Di johor masakan ini sering di gandingkan bersama nasi ambeng. Juga masakan tradisi orang Jawa di johor. Bahan yang mudah dan masa memasak pun singkat. Sesuai untuk suri yang mengejar masa dan bekerja.

Bahan-bahan:-
Ayam seekor potong 12 atau 16 pun boleh
*Serai 3 btg
*Lengkuas 1 inci
*kunyit 2 inci
*halia 1 inci
*cili kering 20 biji atau lbh
*Bawang merah 6 atau 7 biji 
*Bwg putih 4 ulas
(Bahan bertanda* dikisar halus)

3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan halus
(Bahan diatas rendam dgn air panas dan toskan dan tumbuk kasar nak blender halus pun boleh)
Asam keping
Sedikit garam dan gula

Cara membuat :-
Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk hingga kering dan agak garing. Selepas itu masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Apabila agak kering sedikit masukkan ayam. Jangan masukkan air dahulu, Masak hingga agak kering dengan api yang perlahan dan sentiasa balik balikkan ayam. Ikut suka suri sekelian nak kering mcm mana. Jika suka basah basah sikit lebihkan kuah nya. Bila agak agak ayam dah masak dan kuah agak kering matikan api dan sedia untuk dimakan.

Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda semua. Resepi ini juga boleh juga di makan dengan nasi, roti, lempeng atau jemput-jemput tepung pun boleh. Kalau mahu makan lama kuah boleh lebihkan. Kalau mahu pedas boleh lebihkan cili. Untuk lebih tahan lama goreng ayam sedikit jangan terlalu garing. 

Sekian semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment